Kebanyakan pengantin  berdepan dengan pelbagai jenis pilihan dalam memilih cenderahati  perkahwinan dan kek bagi majlis perkahwinan bersejarah mereka. Ianya  berbeza dengan zaman dahulu di mana bunga telur adalah pilihan mutlak  sebagai cenderahati perkahwinan kepada tetamu. Kini, semuanya telah  berubah kepada trend baru iaitu Cupcake. Cenderahati Cupcake ialah kek cawan yang dihiasi aising pelbagai warna dan corak dan dipekkan dalam kotak yang dihias cantik. 
Kini trend Cupcake semakin hangat di majlis-majlis perkahwinan kerana ianya boleh dihias sedondon dengan tema majlis. Kebanyakkan Cupcake   yang bertema akan menjadi tumpuan kepada para tetamu yang datang  terutamanya kanak-kanak kerana corak dan pembungkusan yang menarik.  Selain itu, Cupcake yang dihiasi amatlah sesuai untuk dijadikan hantaran perkahwinan. 
 |   |   | 
 |   | Cupcakes di dalam pelbagai kotak yang menarik. | 
Baru-baru ini saya telah menjalani pengambaran bersama NONA, TV3 untuk segmen Fokus di mana mereka mengetengahkan tentang trend Cupcake yang semakin hangat di majlis perkahwinan.  
 |       | 
 | Pembuatan Cupcake dari bancuhan, pembakaran sehingga ke hiasan aising dan pembungkusan. | 
Selain cenderahati perkahwinan, Cupcake  bertingkat dan kek bertingkat juga menjadi pilihan dalam majlis  perkahwinan, terutama dalam acara kemuncak majlis seperti memotong atau  menyuap kek. Cupcake bertingkat selalunya diletakkan di hadapan  meja makan beradap sebagai hiasan dan ada sesetengah pengantin  menjadikan acara memotong kek perkahwinan kepada menyuap Cupcake kepada pasangan.  
Terdapat  dua jenis kek yang sesuai untuk acara memotong iaitu kek beraising  lembut ‘buttercream’ atau ‘royal icing’ yang sedikit keras. Kek  ‘buttercream’ yang lembut selalunya di hiaskan secara sederhana dan  boleh di potong dan makan semuanya manakala Kek ‘royal icing’ adalah  lebih meriah dan cantik tetapi aisingnya agak keras untuk dimakan. Kek  ‘royal icing’ selalunya menggunakan kek ‘butter’ atau kek buah kerana  sesuai untuk menampung aising yang banyak, dan ada sesetengah pengantin  yang menggunakan ‘polysterine foam’ yang dihias seperti kek untuk  hiasan. Ianya bergantung kepada pilihan pengantin yang bersesuaian  dengan tema majlis mereka. 
 |         | 
 | Dari kiri: Kek ‘buttercream’, ‘Cupcakes’ bertingkat dan Kek ‘Royal Icing’ | 
Selalunya  pengantin akan mengeluarkan banyak belanja dalam menjadikan majlisnya  begitu bersejarah dan berprestij. Disini saya ingin memberi beberapa  idea bagi pengantin dalam memilih cenderahati perkahwinan dan kek bagi  majlis mereka. Kek bagi upacara memotong seeloknya diletakkan di tempat  redup dan dingin, jika tidak kek akan cair dan tidak kelihatan menarik,  bakal pengantin boleh memilih ‘cupcake royal icing’ atau kek yang  beraising keras supaya kelihatan cantik setiap masa. Ada juga yang  memilih kek yang didalamnya ‘polysterine foam’ sahaja untuk hiasan di  meja pengantin supaya kekal cantik, harganya lebih murah. 
Bagi  Kek cenderahati perkahwinan, pilih jenis kek yang tahan lama  sekurang-kurangnya seminggu kerana mungkin tetamu tidak terus memakannya  dan jika tidak habis, ianya tidak akan dibuang begitu sahaja. Pastikan  anda memilih kek pengantin yang betul dan sesuai untuk majlis  perkahwinan supaya ianya akan menjadi kenangan manis selamanya. 
http://www.pengantin.com.my/v1/component/content/article/17-hantaran-perkahwinan-cenderahati/139-cenderahati-perkahwinan-weddingcupcakes
Link menarik berkaitan 
cenderahati perkahwinan cupcake:
http://www.emmagem.com/2008/04/08/malaysias-online-cupcake-store-directory/