Promosi Jualan Akhir Tahun 2011

4:52 AM Edit This 0 Comments »
Promosi Jualan Akhir Tahun kembali lagi

Harga serendah RM 1.00 seunit

Cepat sebelum terlambat

Cenderahati Marshmallow Halal 2011

9:07 PM Edit This 0 Comments »


Marshmallows merah jambu
Marshmallow adalah makanan ringan mempunyai tekstur seperti buih yang lembut dalam pelbagai bentuk, aroma dan warna. Marshmallow akan cair di dalam mulut kerana merupakan hasil dari campuran gula atau sirap jagung, putih telur, gelatin, gam arab, dan bahan perasa yang dikacau hingga kembang.
Resepi tradisional marshmallow tidak menggunakan gelatin, melainkan sari akar tanaman semak marshmallow (Althea officinalis), sehingga makanan ini disebut marshmallow. Setelah Alex Doumak mempatenkan proses penghasilan pada tahun 1948, marshmallow mula dibuat di kilang dengan mesin. Hasilnya berupa marshmallow berbentuk silinder yang dipotong-potong dan digulingkan dalam campuran tepung jagung dan gula halus.

Marshmallow disukai kanak-kanak mahupun orang dewasa yang boleh dimakan begitu sahaja, dimasukkan ke dalam minuman (coklat susu, café mocha), dibuat kuih dan gula-gula (biskut Mallomars, Peeps), atau sebagai penghias hidangan.

Marshmallow merupakan makanan ringan yang sering dimakan setelah dipanggang di atas api unggun. Apabila dipanggang di atas api, bahagian luar marshmallow mengalami pengkaramelan sedangkan bahagian dalam sedikit mencair. Tempoh pemanggangan bergantung kepada selera, dari sedikit berubah warna hingga marshmallow menyala dan sedikit hangus.



Dapatkan cenderahati marshmallow halal di link di bawah:

http://www.gula2-marshmallow.blogspot.com/
http://www.facebook.com/pages/1st-Malaysian-Halal-Marshmallow/138710132838295#!/pages/1st-Malaysian-Halal-Marshmallow/138710132838295
http://nazwa69.net/archives/38

Cenderahati Perkahwinan Cupcakes 2011

8:50 PM Edit This 0 Comments »
Kebanyakan pengantin berdepan dengan pelbagai jenis pilihan dalam memilih cenderahati perkahwinan dan kek bagi majlis perkahwinan bersejarah mereka. Ianya berbeza dengan zaman dahulu di mana bunga telur adalah pilihan mutlak sebagai cenderahati perkahwinan kepada tetamu. Kini, semuanya telah berubah kepada trend baru iaitu Cupcake. Cenderahati Cupcake ialah kek cawan yang dihiasi aising pelbagai warna dan corak dan dipekkan dalam kotak yang dihias cantik. 

Kini trend Cupcake semakin hangat di majlis-majlis perkahwinan kerana ianya boleh dihias sedondon dengan tema majlis. Kebanyakkan Cupcake yang bertema akan menjadi tumpuan kepada para tetamu yang datang terutamanya kanak-kanak kerana corak dan pembungkusan yang menarik. Selain itu, Cupcake yang dihiasi amatlah sesuai untuk dijadikan hantaran perkahwinan.
Pelbagai bungkusan wedding cupcakes untuk cenderhati perkahwinan anda Pelbagai bungkusan wedding cupcakes untuk cenderhati perkahwinan anda
Pelbagai bungkusan wedding cupcakes untuk cenderhati perkahwinan anda Cupcakes di dalam pelbagai kotak yang menarik.
Baru-baru ini saya telah menjalani pengambaran bersama NONA, TV3 untuk segmen Fokus di mana mereka mengetengahkan tentang trend Cupcake yang semakin hangat di majlis perkahwinan.
Pelbagai bungkusan wedding cupcakes untuk cenderhati perkahwinan anda Pelbagai bungkusan wedding cupcakes untuk cenderhati perkahwinan anda Pelbagai bungkusan wedding cupcakes untuk cenderhati perkahwinan anda
Pembuatan Cupcake dari bancuhan, pembakaran sehingga ke hiasan aising dan pembungkusan.
Selain cenderahati perkahwinan, Cupcake bertingkat dan kek bertingkat juga menjadi pilihan dalam majlis perkahwinan, terutama dalam acara kemuncak majlis seperti memotong atau menyuap kek. Cupcake bertingkat selalunya diletakkan di hadapan meja makan beradap sebagai hiasan dan ada sesetengah pengantin menjadikan acara memotong kek perkahwinan kepada menyuap Cupcake kepada pasangan.

Terdapat dua jenis kek yang sesuai untuk acara memotong iaitu kek beraising lembut ‘buttercream’ atau ‘royal icing’ yang sedikit keras. Kek ‘buttercream’ yang lembut selalunya di hiaskan secara sederhana dan boleh di potong dan makan semuanya manakala Kek ‘royal icing’ adalah lebih meriah dan cantik tetapi aisingnya agak keras untuk dimakan. Kek ‘royal icing’ selalunya menggunakan kek ‘butter’ atau kek buah kerana sesuai untuk menampung aising yang banyak, dan ada sesetengah pengantin yang menggunakan ‘polysterine foam’ yang dihias seperti kek untuk hiasan. Ianya bergantung kepada pilihan pengantin yang bersesuaian dengan tema majlis mereka.
Pelbagai bungkusan wedding cupcakes untuk cenderhati perkahwinan anda Pelbagai bungkusan wedding cupcakes untuk cenderhati perkahwinan anda Pelbagai bungkusan wedding cupcakes untuk cenderhati perkahwinan anda Pelbagai bungkusan wedding cupcakes untuk cenderhati perkahwinan anda
Dari kiri: Kek ‘buttercream’, ‘Cupcakes’ bertingkat dan Kek ‘Royal Icing’

Selalunya pengantin akan mengeluarkan banyak belanja dalam menjadikan majlisnya begitu bersejarah dan berprestij. Disini saya ingin memberi beberapa idea bagi pengantin dalam memilih cenderahati perkahwinan dan kek bagi majlis mereka. Kek bagi upacara memotong seeloknya diletakkan di tempat redup dan dingin, jika tidak kek akan cair dan tidak kelihatan menarik, bakal pengantin boleh memilih ‘cupcake royal icing’ atau kek yang beraising keras supaya kelihatan cantik setiap masa. Ada juga yang memilih kek yang didalamnya ‘polysterine foam’ sahaja untuk hiasan di meja pengantin supaya kekal cantik, harganya lebih murah. 

Bagi Kek cenderahati perkahwinan, pilih jenis kek yang tahan lama sekurang-kurangnya seminggu kerana mungkin tetamu tidak terus memakannya dan jika tidak habis, ianya tidak akan dibuang begitu sahaja. Pastikan anda memilih kek pengantin yang betul dan sesuai untuk majlis perkahwinan supaya ianya akan menjadi kenangan manis selamanya.


http://www.pengantin.com.my/v1/component/content/article/17-hantaran-perkahwinan-cenderahati/139-cenderahati-perkahwinan-weddingcupcakes

Link menarik berkaitan cenderahati perkahwinan cupcake:

http://www.emmagem.com/2008/04/08/malaysias-online-cupcake-store-directory/

CENDERAHATI KAHWIN 2011

5:55 AM Edit This 0 Comments »
CENDERAHATI KAHWIN 2011

JOM BERAMAI-RAMAI KE INANI CRAFT & DESIGN

CENDERAHATI KAHWIN MALAYSIA 2011

SATU-SATUNYA DI MALAYSIA